Ketahuilah
Dalam perubahan itu
Ada turun naiknya iman
Dan tatkala kau merasakan dirimu lemah
Ingatlah kepada Allah,
Kerana hanya Dia tempatmu bergantung
Usah difikirkan apa yang manusia fikirkan tentangmu
Kerana manusia hanya akan mencari kesilapanmu
Manusia akan terus berprejudis terhadapmu
Dan sentiasa menunggu keburukanmu
Agar dapat mereka mengata
“Sesungguhnya aku lebih baik darimu”
Maka, jika terjadi
Bersabarlah;
Kerana ini adalah ujian Allah SWT
Untuk menguji keikhlasanmu
Jangan putus asa.
Allah SWT tahu apa yang tersurat dan tersirat
Kalau diikutkan, boleh sahaja aku
Menulis semuanya, dan disimpan sendiri
Tetapi aku tahu,
Adanya saudara-saudaraku di luar sana
Memerlukan dorongan
Sebagai wasilah untuk mendapat keredhaan-Nya
Maka aku mohon pada-Mu Ya Allah
Jadikanlah kata-kataku ini
Sebagai pembakar semangat mereka untuk berubah
Semata-mata kerana-Mu Ya Allah
Kerana hanya Engkau lah yang wajib disembah
Dan hanya dari Engkau kami memohon pertolongan.
Bukakanlah hati mereka untuk mengasihi-Mu
Sebagaimana Engkau mengasihi mereka, Ya Rabb
Kata-kataku hanyalah perkataan,
Andai tidak diizinkan Allah
Untuk menyentuh hati manusia
Dan hanyalah madah kosong
Andainya Allah tidak meredhainya
Aku mohon keredhaan-Mu, Ya Allah
Tetapkanlah hati ini…
Coretan,
2 Safar 1432, Jam 0922
Nizhny Novgorod, Russia
7 Januari 2011
Jazakillah khayr ukhti… Just what I needed today :’)
Moga kita terus berjuang hanya untuk mencapai keredhaan-Nya, insyaAllah.